Assalammualaikum
dan salam sejahtera
3 Jun
haritu keputusan UPU dah keluar. Ada yang dapat IPG, UPU dan Matrikulasi.
Kepada yang tak dapat IPG jangan risau, korang masih boleh jadi cikgu dengan
ambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana Universiti. Kita hanya
merancang tapi Tuhan yang aturkan. Tuhan dah aturkan perjalanan hidup kita
dengan baik sekali. Jadi jangan risau k, berharap sahaja pada Tuhan. Ada sebab
Tuhan tak bagi apa yang kita nak, mungkin apa yang kita nak tak bagus untuk
kita jadi Tuhan bagi yang lebih baik pada diri kita. Jangan terlalu risaukan
apa yang belum berlaku. Fikirkan tindakan yang perlu dilakukan sekarang.
Kuatkan semangat untuk tempuh alam yang baru iaitu alam Universiti.
Untuk hari ini
saya nak ceritakan pengalaman dan tips belajar di Kolej Matrikulasi. Saya
belajar di Kolej Matrikulasi Pahang (Kmph) pada sesi 2008/09, dah 11 tahun
tinggalkan zaman matrik. Saya ambil jurusan Sains Fizik yang melibatkan
matapelajaran Kimia,Fizik dan Matematik. Saya adalah pelajar Satu Tahun (PST)
dua semester, jadi ada banyak bab yang perlu dipelajari dalam satu tahun. Agak
terkejar-kejar juga untuk hadamkan apa yang kita belajar. Mula-mula dalam kelas
agak blur jugak la, tapi dah beberapa minggu baru boleh terima apa yang diajar.
Semester
satu saya masuk agak lambat sedikit, lambat 2 minggu kerana saya pengambilan
yang kedua. Pada mulanya saya tak dapat matrik, lepas buat rayuan baru dapat
matrik, tu yang saya masuk lambat dari yang lain. Bila saya lambat 2 minggu,
pelajar lain semua dah belajar sampai bab 2, kelam-kabut saya nak belajar balik
bab 1 dan 2. Pensyarah memang tak akan ulang balik walaupun ada pelajar baru
masuk, jadi saya banyak tanya kawan sekuliah. Nasib baik kawan saya tu sabar ja
layan semua soalan saya. Satu bilik 4 orang , roommate saya 3 orang. 2 orang
sains fizik 1 orang lagi akaun. Senang saya nak ulangkaji dengan diorang sebab
sama jurusan sains fizik. Untuk kelas akan ada kuliah, satu kuliah dalam 200
orang, dalam kuliah pensyarah akan mengajar kemudian 200 orang akan dibahagikan
kepada kumpulan yang lagi kecil. Kumpulan kecil ni dalam 25 orang akan jadi
satu kelas tutor, jadi tu la kelas kita untuk satu tahun. Dalam kelas tutor
pensyarah akan bagi latihan dan akan bincangkan jawapan. Masa tu lah kita boleh
tanya apa yang kita tak faham. Di matrik ada dapat elaun, saya gunakan duit
elaun untuk makan. Ada kafe untuk beli makanan. Ada juga kedai runcit. Berjimat
bermat lah bila belanja. Hujung minggu boleh keluar outing, jalan-jalan gi
bandar. Zaman saya tak ada grab jadi kami semua terpaksa tunggu bas untuk
keluar pergi bandar Kuantan. Tapi jangan lah setiap minggu keluar pergi outing,
boleh habis duit macam tu. Sebulan sekali okay la. Dulu saya hanya keluar bila
ada cuti umum pada hari jumaat atau isnin. Jadi hari sabtu ahad boleh rehat.
Rutin saya
belajar di matrik dari pagi hingga malam
3.00 pg –
Bangun mandi, solat sunat, mengaji
3.30 pg –
Study
6.00 pg – Solat
subuh lepas tu sambung study
7.30 pg – Sarapan,
selalu saya makan roti ja
7.50 pg –
pergi kelas
Kelas akan
habis pukul 5 petang. Antara kelas akan ada rehat untuk makan, solat.
5.00 ptg –
Solat dan riadah
Untuk riadah,
saya akan jalan-jalan sekitar kolej, jogging atau main basikal dengan roommate.
Di Kmph ada banyak kemudahan peralatan sukan macam gym, tennis, bola jaring,
basikal macam-macam la ada. Guna sahaja kemudahan yang ada di kolej, semuanya
free. Waktu petang adalah waktu yang sesuai untuk riadah dan bersosial, jangan
pula guna waktu ni untuk study. Bila lakukan aktiviti senaman barulah otak
cerdas dan senang nak terima apa yang diajar. Di matrik tak adalah asyik pergi
kelas, ada juga Kem, aktiviti Ko-kurikulum, dinner akhir sem, program kemerdekaan
dan ada banyak lagi lah program. Aktifkan juga diri dalam aktiviti-aktiviti
macam ni. Mana tau ada bakat terpendam yang boleh ditonjolkan bila join
aktiviti-aktiviti macam ni
Untuk malam
saya habiskan masa di masjid dalam kolej. Pukul 9 malam terus tidur sebab 3
pagi dah bangun. Itu lah rutin saya bila kat matrik, mula-mula memang sakit nak
buat macam tu bila dah sebulan rasa macam biasa dah. Alhamdulillah keputusan
matrik saya okay dan dengan keputusan saya tu saya dapat sambung belajar di Fakulti
pendidikan UKM jurusan pendidikan kimia.
Tips
belajar di matrik:
1. Pandai
pilih kawan terutama masa study group. Kena pilih kumpulan yang betul-betul nak
belajar bukannya membawang.
2. Jangan
terlalu asyik online Fb dan Ig sampai tak study. Di matrik masa tu emas so kena
hargai masa yang ada dengan study. Zaman saya Fb tak ada lagi jadi tak ada
gangguan untuk saya study.
3. Jangan
bercinta. Matrik hanya ambil masa setahun ja, jadi puasa dari bercinta untuk
setahun. Fokus dengan matlamat kita masuk matrik.
4.
Banyakkan buat latihan terutama matematik dan fizik. Kalau ada yang tak faham
boleh tanya pensyarah tutor di bilik mereka. Boleh juga tanya kawan yang lain.
Kalau tak faham kena tanya, jangan simpan.
5. Masa
kuliah kena fokus apa yang pensyarah ajar. Jangan tidur dalam kuliah, kalau
tinggal 5 minit rasa macam tinggal satu bab. Yang terakhir study smart bukan
study hard. Jangan asyik study ja, rehatlah juga petang-petang pergi beli
aiskrim ke, jogging ke, rehatkan otak sekejap tapi jangan rehat lama sangat.
Semoga
berjaya kepada semua yang akan sambung belajar di Kolej Matrikulasi. Belajar betul-betul,
dapatkan pointer yang bagus untuk sambung degree nanti. Matrik hanya setahun,
biar sakit sikit setahun supaya kamu semua dapat jurusan yang kamu nak masa degree
nanti. Maaf lah tak ada pula gambar masa matrik. Masa matrik guna telefon nokia
cap ayam ja. Tak dapat nak ambil gambar kenangan masa matrik.
'Di manapun engkau berada selalulah menjadi yang terbaik dan berikan yang terbaik dari yang bisa kita berikan'- BJ HabibieWith love
XOXO