Sabtu, 17 November 2018

Mendung escape bau, Kuching Sarawak

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada 9 november aku dan 6 orang kawan aku pergi bercuti ke Mendung escape di bau kuching. Sesiapa yang datang bercuti ke Kuching boleh la datang bermalam ke sini. View dia sangat cantik. Nak bermalam ke sini kena hiking dulu. Kami gerak dari serian jam 12.30 dan berhenti makan dan solat di Giant batu 10 Kuching. Dalam jam 2 petang kami gerak ke Mendung escape. Perjalanan ambil masa 1 jam. Kami sampai dalam pukul 3 petang. Kalau dari airport Kuching dalam 1 jam juga. Bila sampai ke destinasi, masih belum sampai ke Mendung escape, kami kena hiking dulu untuk sampai ke rumah yang kami akan duduk. Hiking dalam 30 minit. Trek dia bagus sebab ada tangga tanah. Agak curam, mencungap juga la kami naik dengan bawa baju serta makanan untuk bbq di atas. Ketinggian dia dalam 300 meter. Dia punya jarak dalam 500 meter. Banyak kali berhenti juga la. haha. Sampai je kat atas memang kami nikmati view yang sangat cantik. Harga utk satu malam bagi satu rumah ialah RM 450. Dia ada sediakan telur, roti, air untuk diminum, perkakas dapur, tempat untuk memanggang, katil double, 4 tilam single, sofa panjang, hair dryer dan sofa panjang. Rumah dia okay cuma ada banyak serangga kecil. Tandas ada satu berlantaikan kayu. Malam2 memang sejuk. Ada kipas sahaja. Dia ada sediakan tuala juga. jadi tak perlu bawa tuala berat2 ke atas.

Jumaat petang kami mula aktiviti dengan bbq. Kami makan sambil tgk sunset. Tapi x dapat tengok sunset dengan jelas sebab ditutupi dengan awan. Esok pagi nya bangun awal untuk tengok view pagi. Gunung ditutupi dengan kabus. Memang cantik dan tenang suasana pagi tu. Melayan perasaan juga la pagi. Lupa segala kerja fail yang perlu dihantar. Rasa nak duduk situ terus, xnak balik Serian, haha.

Kepada sesiapa yang nak cuba bermalam di Mendung Escape boleh hubungi En. Arif ( 0109615338). Boleh tengok di FB, taip Mendung escape. 'Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja'-Buya Hamka. Jadi jangan lah kita terlalu kuat sangat bekerja, kadang2 kita perlu rehatkan minda supaya sentiasa sihat mental dan fizikal. InsyaAllah.

With love,
XOXO

Trek untuk naik ke atas

Balkoni di atas

Ada hammock di bahagian tempat makan

bbq ayam dengan pemanggang yang disediakan

Ketupat palas dari org perghlihhh

Makan malam sambil menikmati senja 



Kabus melitupi 

Suasana pagi

melayan perasaan sambil menikmati biru langit

Baca buku pun boleh 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan