Tahun pertama (19 Jan 2015)
-Masalah rumah sewa. Bila serumah dalam 4 orang ada ja benda nak digaduhkan. Biasalah baru posting gaji pun lambat masuk, duit banyak guna. Bila melibatkan duit confirm gaduh bab beli barang rumah. Aku hidup macam penduduk nomad. Berpindah randah bawa barang seorang diri. Duit banyak habis dengan bayar deposit rumah yang burn macam tu ja. Tak sampai setahun memang la duit deposit burn. Alhamdulillah tahun 2016 aku jumpa rumah yang sesuai dan duduk kat sana sampai aku dapat pindah balik semenanjung.
- Masalah pengangkutan. Biasalah baru posting mana ada kereta. Mengajar kat serian ni plak kena ada kereta sebab aku mengajar PT3 dan aku selalu kursus PT3 kat Kuching dan Samarahan. Terpaksa tunggu gaji masuk sebab masa tu kena ada duit muka, tak boleh zero downpayment. Terpaksa menagih simpati orang untuk tompang kereta gi sekolah. Nasib baik housemate ada kereta pak cik dia. Terpaksa tunggu orang settle kerja baru dapat balik rumah. Kalau gi kursus PT3 sejarah terpaksa tompang orang, aku terpaksa jalan kaki dari rumah aku ke jalan besar sebab dia tak nak jemput kat rumah sebab susah nak keluar dari kawasan rumah aku. Kalau kursus PT3 sains terpaksa tumpang tidur kt rumah cikgu Julia sebab nak tumpang kereta dia gi kursus. Terima kasih kepada semua yang sudi tompangkan aku. Bila dah dapat gaji baru lah aku beli kereta Axia yang betul2 basic, sebab nak ambil yang paling murah😂 Alhamdulillah dah tak payah susahkan orang lagi sebab aku dah ada kereta sendiri dan boleh gerak ke mana-mana dengan sendiri.
-Penghinaan. Aku ni ada banyak kelemahan. Diorang menggunakan kelemahanku untuk jadi bahan gurauan. Benda tu nampak kelakar tapi boleh beri kesan kepada mental aku. Aku pun manusia juga ada hati dan perasaan yang mahu dilayan seperti manusia yang lain.
-Tidak mengajar subjek major dan minor. Aku kena mengajar sejarah. Aku tak dapat ngajar kimia dan matematik sebab dah penuh. Tak pa la tahun pertama kan terima la apa yang diberi. Aku pun dapat belajar benda baru dan kembangkan skill yang ada.
-Masalah disiplin pelajar. Kena ajar kelas hujung membuatkan hidup aku sangat mencabar. Aku punya penat sampai menangis ajar kelas hujung ni. Macam-macam cara aku fikir cara nak ajar kelas hujung. Perangai diorang 😭tak sanggup nak cerita. Alhamdulillah aku dapat teruskan perjuangan mengajar pelajar kelas hujung. Setiap tahun la aku mengajar kelas hujung. Hampir putus asa jugak aku. Aku bangga dengan diri aku sebab berjaya harungi kelas hujung setiap tahun.
-Sepanjang tahun pertama, banyak aku pelajari. Aku mesti jauhkan diri dari orang yang selalu memburukkan kesihatan mental aku. Bila aku hadapi masalah seorang diri membuatkan aku menjadi lebih kuat. Aku menjadi berani memandu seorang diri. Secara kesuluruhannya aku semakin menjadi kuat hadapi ujian seorang diri. Aku dah biasa. Kenangan manis untuk tahun pertama aku gi jalan-jalan sabah untuk pertama kali dengan geng ukm😊
Dairy farm |
Anak-anak 3A4. Kali pertama jadi guru kelas |
Tahun ketiga (2017)
Banyak gi hiking waterfall |
Macam-macam cara guna untuk nampak kelas sains jadi seronok |
Tahun kelima (2019)
Buzy siapkan climate action projek |
Menang besar STEM tau |
tq geng gebu |
tq nisa selalu ada untuk saya💖 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan