Jumaat, 26 Februari 2021

2.1 Sistem respirasi (sains tingkatan 3)

Struktur sistem respirasi


Sistem respirasi membantu kita bernafas. Pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas

Laluan udara dari lubang hidung ke alveolus 

Alveolus adalah tempat berlakunya pertukaran gas.
Penarikan nafas

Semasa menarik nafas:
1. Sangkar rusuk bergerak ke atas dan ke luar
2. Otot diafragma mengecut dan menarik diafragma bergerak ke bawah dan meleper
3. Isi padu rongga toraks bertambah

Penghembusan nafas

Semasa menghembus nafas:
1. Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam
2. Otot diafragma mengendur dan melengkung ke atas
3. Isi padu rongga toraks berkurang


1.3 menentukan Jarak sebenar menggunakan skala (geografi tingkatan 2)

1.3.1 Mengukur jarak sebenar menggunakan skala penyata

Alat yang dapat digunakan untuk mengukur jarak pada peta:

1. Jarak lurus
a) Pembaris
b) Jangka tolok
c) Jalur kertas

Lebih senang menggunakan pembaris. Buat satu garisan dari satu titik ke titik yang lagi satu dan ukur dengan pembaris.

2. Jarak melenkung 
a) Benang putih
b) Jalur kertas 
c) Pembaris

Lebih senang guna benang putih kerana mudah melenkung dan diukur. Benang berwarna putih digunakan supaya mudah dilihat pada peta. 

Jalur kertas adalah potongan lurus dari kertas A4. 

                                                            Nota ringkas bagi cara mengukur