Selasa, 18 Mei 2021

Kg sadir waterfall padawan



View air terjun




Kg sadir terletak di padawan, Kuching. Ambil masa drive 1 jam 30 min dari serian. Perlu berhubung dengan saloma untuk hiking disini sebab kat sini kena ada guide. Haritu kami bayar seorang rm 30 seorang siap guide dengan transport untuk ke kg sadir. Jalan ke kg sadir agak curam dan selekoh tajam jadi kami semua tak berani nak drive ke kg sadir😂. Pihak saloma yang ambil kami di anna rais hot spring dengan hilux. Kami hanya parking di anna rais hot spring. Hiking ke waterfall ambil masa 2 jam. Trek dia terbuka dan lalu kebun. Perlu bawa topi sebab panas. Memang banyak tumbuhan yang kita akan jumpa sepanjang jalan. Tangan jangan gatal2 ambil ya. Memang penat jugak la nak sampai waterfal. Ada tempuh sungai, jalan guna titi buluh. Tapi berbaloi bila sampai waterfall. Boleh mandi👍 untuk contact saloma boleh cari di fb😆
Boleh tgk video di channel youtube saya


With love 

XOXO

Munie❤️

 

Isnin, 17 Mei 2021

Gunung ngeli simunjan








 Tahun lepas ada hiking di gunung ngeli simunjan. 40 minit dari serian. Kami gerak jam 7 pagi dalam jam 8 pagi kami sampai sebab sesat sikit nak ke gunung ngeli. Di kawasan gunung ngeli tiada tandas jadi sebelum hiking kami terpaksa tumpang tandas rumah orang kampung di situ 😂. Jam 8.30 pagi kami mula hiking. Trek jalan hutan dan bertangga. Agak curam juga, semput la juga nak naik😂. Kami hiking sendiri tanpa guide. Dalam satu jam kami sampai summit. Masa tu hujan, jadi view agak kabus. Turun memang laju😂. Balik dari hiking kami singgah gedong makan mee udang😋.

View summit... Berawan.. 



Boleh tgk video di channel youtube saya😊

With love
XOXO
Munie❤️