Sabtu, 17 November 2018

Mendung escape bau, Kuching Sarawak

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada 9 november aku dan 6 orang kawan aku pergi bercuti ke Mendung escape di bau kuching. Sesiapa yang datang bercuti ke Kuching boleh la datang bermalam ke sini. View dia sangat cantik. Nak bermalam ke sini kena hiking dulu. Kami gerak dari serian jam 12.30 dan berhenti makan dan solat di Giant batu 10 Kuching. Dalam jam 2 petang kami gerak ke Mendung escape. Perjalanan ambil masa 1 jam. Kami sampai dalam pukul 3 petang. Kalau dari airport Kuching dalam 1 jam juga. Bila sampai ke destinasi, masih belum sampai ke Mendung escape, kami kena hiking dulu untuk sampai ke rumah yang kami akan duduk. Hiking dalam 30 minit. Trek dia bagus sebab ada tangga tanah. Agak curam, mencungap juga la kami naik dengan bawa baju serta makanan untuk bbq di atas. Ketinggian dia dalam 300 meter. Dia punya jarak dalam 500 meter. Banyak kali berhenti juga la. haha. Sampai je kat atas memang kami nikmati view yang sangat cantik. Harga utk satu malam bagi satu rumah ialah RM 450. Dia ada sediakan telur, roti, air untuk diminum, perkakas dapur, tempat untuk memanggang, katil double, 4 tilam single, sofa panjang, hair dryer dan sofa panjang. Rumah dia okay cuma ada banyak serangga kecil. Tandas ada satu berlantaikan kayu. Malam2 memang sejuk. Ada kipas sahaja. Dia ada sediakan tuala juga. jadi tak perlu bawa tuala berat2 ke atas.

Jumaat petang kami mula aktiviti dengan bbq. Kami makan sambil tgk sunset. Tapi x dapat tengok sunset dengan jelas sebab ditutupi dengan awan. Esok pagi nya bangun awal untuk tengok view pagi. Gunung ditutupi dengan kabus. Memang cantik dan tenang suasana pagi tu. Melayan perasaan juga la pagi. Lupa segala kerja fail yang perlu dihantar. Rasa nak duduk situ terus, xnak balik Serian, haha.

Kepada sesiapa yang nak cuba bermalam di Mendung Escape boleh hubungi En. Arif ( 0109615338). Boleh tengok di FB, taip Mendung escape. 'Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja'-Buya Hamka. Jadi jangan lah kita terlalu kuat sangat bekerja, kadang2 kita perlu rehatkan minda supaya sentiasa sihat mental dan fizikal. InsyaAllah.

With love,
XOXO

Trek untuk naik ke atas

Balkoni di atas

Ada hammock di bahagian tempat makan

bbq ayam dengan pemanggang yang disediakan

Ketupat palas dari org perghlihhh

Makan malam sambil menikmati senja 



Kabus melitupi 

Suasana pagi

melayan perasaan sambil menikmati biru langit

Baca buku pun boleh 

Ahad, 11 November 2018

Karnival STEM peringkat bahagian Serian 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pada 31 oktober hingga 1 November 2018 yang lepas Karnival STEM peringkat bahagian Serian telah berlansung di SMK Tebedu. Dalam 40 minit jugak la drive ke sana. Kena pergi ke sekolah dulu untuk ambil pelajar dan pergi ke sana. SMK Taee hantar 9 orang pelajar, semuanya lelaki. Antara pertandingan yang ada pertandingan Reka Cipta, Roket Air, Simulator kapal terbang dan Digital Video. Setiap pertandingan diwakili 2 orang pelajar kecuali pertandingan Reka cipta diwakili 3 orang pelajar. Bagi pertandingan Reka Cipta sekolah aku buat tong sampah yang boleh buang air yang bertakung dalam tong sampah. Jadi tong sampah tu takkan berbau dan senang dicuci. Sekolah aku siap buat landskap menunjukkan sebuah taman yang bersih dengan adanya tong sampah tu. Tong sampah tu diperbuat daripada mesin basuh manual yang lama. Jadi mereka inovasikan mesin basuh tersebut menjadi tong sampah. Kreatif kan diorg, rekaan ni atas bantuan Cikgu Sam. Sekolah aku hantar 3 orang pelajar form 4. Untuk pertandingan Roket air aku yang jadi guru pengiring diorg. 2 hari sebelum punyalah pulun praktis. Pertandingan roket air ni ada 2 kategori, Roket air dan Parachute. 2 hari kami praktis parachute tu. Tapi ada benda yang mengejutkan, dalam syarat pertandingan xda pun tulis parachute tu perlu beban sekali masa pertandingan ada beban dan beban tu adalah telur. Markah dikira berdasarkan masa parachute untuk mendarat dan keadaan telur tersebut. Telur tu pecah atau tidak. Penganjur hanya menyediakan plastik sampah, straw, dan benang. Sekolah aku berjaya mendarat pada percubaan pertama ja dan telur x pecah untuk kedua-dua percubaan. Untuk roket sekolah aku berjaya untuk sampai ke sasaran. Tuan rumah punya roket dan parachute memang terbaik. Sekolah aku hantar 2 orang pelajar tingkatan 3.

Pertandingan digital video, sekolah aku hantar 2 orang pelajar tingkatan 2. Mereka perlu buat dokumentari Karnival STEM yang sedang berlansung. Video pemenang akan ditunjukkan pada Majlis penutupan. Pertandingan simulator kapal terbang sekolah aku hantar 2 orang pelajar tingkatan 4. Mereka perlu usaha lebih lagi untuk tahun hadapan supaya dapat tempat pertama hingga ketiga.
Sekolah aku menang tempat kedua untuk pertandingan Reka Cipta dan tempat ketiga untuk pertandingan Roket Air. Alhamdulillah. Majlis penutupan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Micheal Manyin Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak di Dewan SMK Tebedu. Penat 2 hari berbaloi sebab bawa hasil 2 piala. Karnival berlansung selama 2 hari dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Tahun depan kalau aku masih di bumi kenyalang harap aku dapat jadi guru pengiring lagi. Best pula join karnival STEM ni.

'Tugas sains antara lain adalah untuk menemukan keindahan alam'.-Albert Einstein

With love,
XOXO
Amaran Banjir yang telah direka oleh pelajar St John Taee

Kotak Pensel Pintar yang telah jadi Johan untuk kategori Sekolah rendah

Pertandingan roket Air. Perlu taget sasaran 50-100 m

Tahniah kepada pemenang
Pertandingan reka cipta tempat kedua dan pertandingan roket air tempat ketiga

Bersama pesaing mereka yang paling dekat SMK Balai Ringin mendapat tempat kedua bagi pertandingan Roket Air

Dato' Sri Michael Manyin sebagai Perasmi

Team SMK TAEE

Penyokong SMK TAEE sepanjang pertandingan Roket Air berlansung

Penyiram Bunga Orkid



Tudung Salji haba

Vacuum dari SK Balai Ringin

Peserta Roket Air dari SMK TAEE

Peserta Reka Cipta dari SMK TAEE. Mesin basuh lama yang diubah menjadi tong sampah

Landskap sebuah taman ceria yang bebas dari sampah dari SMK TAEE

Kipas angin yang boleh diubah dari SMK Tebedu