Isnin, 1 Oktober 2018

Guru Kelas 3A3 2018~

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada tahun 2016 aku jadi guru kelas 3A4 dan 2018 aku jadi guru kelas 3A3. Apa yang aku nak cerita pasal kelas ni ialah tentang attitude diorang. Diorang ni walaupun kelas pertengahan tapi attitude diorang sangat baik. Mereka usaha untuk dengar apa cikgu ajar kat depan walaupun mereka kurang faham apa yang cikgu ajar. Kadang-kadang bila aku stress mengajar lepas tu tengok perangai diorang terus hilang stress aku. Diorang ni suka buat aku gelak. Masa awal tahun dulu, aku just belikan barang ja, diorang yang hias kelas sendiri. Tak perlu aku nak beria hias kelas. Diorang ni pandai berdikari. Buat aktiviti pun best dengan diorang. Diorang memang bagi kerjasama yang baik. Tahun ni bezday aku special sikit, diorang siap sambut dengan kek ngan nyanyian dengan gitar sekali. Sangat terharu weyh, tak pernah ada lagi budak buat macam tu. Diorang punya surprise memang menjadi la. Aku memang tak boleh agak.

Walaupun kadang-kadang ada rasa geram gak ngan diorang ni sebab keputusan percubaan agak turun. Penerimaan setiap orang adalah berbeza, jadi aku tak boleh nak marah. Kena banyak sabar ajar diorang ni. Kita ni hanya manusia biasa yang ada perasaan marah dan tak sabar. Tapi bila aku fikir kan kalau kita ajar dalam keadaan marah, stress mesti tak ada hasil yang kita dapat. Budak-budak pun akan stress, diorang pun takkan faham yang kita ajar. Kalau kita ajar dalam keaadaan tenang, gembira, buat aktiviti mesti suasana pun jadi seronok tak stress. Budak-budak pun akan faham apa yang diorang belajar.

Selalunya cikgu selalu merungut, 'budak ni malas' 'budak ni tak ada adab' 'budak ni teruk'. Kadang-kadang kita akan ada rasa bosan mengajar terutama sekali kelas yang sangat teruk. Ada sesetengah budak memang otak dia dah tak boleh nak masuk ilmu. Budak macam tu perlukan praktikal dan bukan teori. Untuk budak kelas 3A3 ni, aku ada bagi diorang nasihat untuk amik aliran diorang minat dan bukan ikut kawan. Kalau minat seni pergi ke aliran sastera. Kalau minat memasak pergi ke sekolah kemahiran. Jangan buang masa belajar benda yang diorang tak minat.

Kita sebagai cikgu perlu beri diorang sokongan. Mengajar dengan ikhlas, gembira pasti kelas tu pun jadi happy ja. Budak kurang ajar tu perkara biasa. Budak zaman sekarang memang macam tu. Kalau cakap lembut-lembut pun tak jalan kita bagi satu rotan la. payah sangat nak ajar jadi manusia. Kita perlu set kat minda kita yang kita perlu ajar mereka dengan ikhlas dan senyuman. Bak kata dalam filem hitcki 'tiada murid yang tidak baik didunia ni, hanya ada guru yang tidak baik didunia ini'. Mungkin kita perlu ubah sikap kita dulu sebelum nak ubah sikap pelajar. 'Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.'-HAMKA. Kepada kelas 3A3 kamu semua mesti teruskan melangkah ke hadapan, jangan sesekali berhenti dan berlarilah ke destinasi anda semua. Cikgu yakin kamu semua mesti boleh. Semoga berjaya untuk meneruskan kehidupan kamu sebagai seorang pelajar.

With Love
XOXO

Hari ni diorang dah mula PT3. Good luck utk PT3. Harap semua dapat jawab soalan Sains dan lulus dengan jayanya ;)








Antara aktiviti-aktiviti sains yang aku jalankan dengan diorang. Diorang sangat sporting. Diorang berjaya laksanakan semua aktiviti dengan baik;)





Antara kenangan aku ngan diorang untuk tahun 2018. Lepas ni dh tak ajar diorang sebab aku tak kan ajar form 4. 
Waktu terasa semakin berlalu. Tinggalkan cerita tentang kita. Akan tiada lagi kini tawamu. Tuk hapuskan semua sepi di hati~Semua tentang kita, peterpan.
Lepas ni dah tak da gurau dan gelak tawa dengan diorang :'(



Tiada ulasan:

Catat Ulasan