Sabtu, 27 Oktober 2018

Sains Bab 1 Tingkatan 3 : Respirasi (KBSM)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku nak recall balik apa yang aku ajar tingkatan 3 bab respirasi untuk KBSM sebelum KSSM menyusul. Dalam bab Respirasi ada subtajuk rokok. Untuk bab rokok aku suruh pelajar buat model rokok dengan menggunakan kertas minyak, kertas mahjong dan kertas hitam. Selepas mereka buat model rokok tersebut, mereka perlu tampal pada kertas mahjong dan tulis bahan-bahan yang ada dalam rokok. Kemudian terangkan kesan merokok kepada diri sendiri di hadapan kelas. Jangan sesekali terjebak dengan rokok, sekali dah terjebak sukar untuk tinggalkannya. Jaga lah paru-paru dan orang disekeliling anda. Jangan kerana dek memuaskan kepuasan sendiri sampai sanggup menggadai nyawa orang yang tersayang.
'Dan belanjalah pada jalan Allah, dan janganlah anda mencampakkan diri ke jalan kebinasaan, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah sangat suka mereka yang melakukan kebaikan' -Surah Al-Baqarah: 195~

With love,
XOXO


Kertas hitam sebagai abu rokok, Kertas mahjong dan kertas minyak sebagai rokok 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan